12.30.2018

Tak perlu herdik, mereka nampak kau damai


Saudaraku, perjalanan hijrah itu sangatlah indah. Bayangkan kita yang dahulunya gelap, sudah menampakkan nur. Dan nur itu anda mungkin tak perasan, namun Allah menampakkan pada orang lain. 

Banyangkan betapa indahnya hijrah itu. Bayangkan betapa manisnya hijrah itu. Maaf, saya nak cerita sikit dan bukan untuk menunjukkan aib sesiapa. Dulu, kita tak solat, sekarang kita sudah mula solat. Dulu, kita malas nak pergi masjid, tapi sekarang kita dah mula pergi solat berjemaah di masjid. Dulu pakaian kita tak tutup aurat, tapi sekarang dah mula tutup aurat dengan sempurna. 

Bukankah itu petanda bahawa kita sedang berhijrah. Kita sedang berubah ke arah yang lebih baik. paling best bila kita dah mula belajar amalkan sunnah baginda Nabi SAW. Ada sahabat saya yang berhijrah sudah mula menyimpan janggut, ada pula yang sudah mula memakai gamis, serban, bersugi dan sebagainya. Semua perilaku ini mendatangkan nur kepada diri kita.

Tapi saudara, perjalanan hijrah itu bukanlah mudah. Ada saja ujiannya. Saya sebenarnya hairan kenapa hijrah itu Allah nak uji pulak? Kenapa kalau kita belajar untuk mendekatkan diri kepada Allah, ada saja halangan dan rintangan.? Lagipun ujian orang yang berhijrah ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada orang yang berhijrah kehilangan harta benta, ada pula yang kehilangan ahli keluarga. Dalam buku tulisan ustaz Ebit Lew, beliau menceritakan ada orang yang berhijrah itu kehilangan kerja dan sumber pendapatan sehingga hidupnya merempat. Tapi saudara, tunggu dulu!

Atas perkara ini saya telah merujuk kepada ustaz ustaz. Sebenarnya, perjalanan hijrah itu sangat indah sehingga Allah SWT sangat suka. Kesukaan Allah terhadap orang yang berhijrah ini menyebabkan Allah nak hadiahkan syurga kepada hambanya. Oleh itu Allah turunkan ujian untuk meningkatkan darjat hambanya itu. 


Share:

12.29.2018

Kenapa Nak Susah susah nak menulis?


Saya suka menulis. Saya juga suka berkongsi. Tapi kenapa saya menulis? Kerana apabila saya menulis saya dapat berkongsi dengan anda sesuatu yang mungkin bermanfaat untuk anda dan terutamanya untuk diri saya sendiri. 

Sebenarnya hajat saya untuk menulis dah lama. Saya mengaku, ianya bermula semenjak sekolah menengah lagi.
Ada masanya kita diuji sama ada kesenangan mahupun kesusahan
Namun penulisan kali ini berlangsung setelah lama saya meninggalkan alam persekolahan. Ya benar nasihat orang yang berjaya. Usah bersandar pada usia untuk memulakan sesuatu yang baru.


Sahabat, dalam coretan coretan saya ini hanya sekadar pandangan dan beberapa rujukan yang akan mengisahkan tentang perjalanan saya dalam berhijrah. Anda pasti ingin tahu hujrah yang bagaimanakah yang telah saya lalui? Mungkin juga anda tertanya tanya siapa saya? Kenapa anda teringin untuk mengenali saya?

 Sebenarnya, sahabat, saya hanya insan biasa yang suka berkongsi. Saya suka menulis dan mengutarakan pandangan. Saya juga sangat berbesar hati menerima pandangan dari anda. 

Blog ini hanyalah satu medium untuk saya menyampaikan. Impian saya semoga apa yang disampaikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang mungkin akan, sedang atau telah melalui denai yang telah diharungi oleh insan yang dalam perjuangan hijrahnya. 

Semoga bermanfaat
 hafezsovester
@roadtohijrah
Share: